Tyrannosaurus (yang bererti "mengkarung zalim") merupakan satu
genus dinosaur teropod.
Spesies Tyrannosaurus rex, biasanya diringkaskan kepada
T. rex,
merupakan salah satu dinosaur yang paling terkemuka d diseluruh dunia.
Ia berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai bahagian barat
Amerika Utara. Sesetengah pakar sains menganggap
Tarbosaurus bataar dari
Asia sebagai mewakili spesies kedua
Tyrannosaurus, manakala yang lain menegaskan bahawa
Tarbosaurus sebagai genus berlainan.
Sebagaimana tyrannosaurid yang lain,
Tyrannosaurus merupakan makhluk
maging
berkaki dua dengan tengkorak yang besar diimbangkan oleh ekor yang
panjang dan berat. Dibandingkan dengan kakinya yang besar dan berkuasa,
'tangan'
Tyrannosaurus adalah kecil dan mempunyai hanya dua jari. Sungguhpun theropod lain menyaingi atau lebih besar berbanding
T. rex dari segi saiz, ia diketahui sebagai salah sejenis pemangsa daratan terbesar , berukuran melebihi 13
meter (43 kaki panjang dan berat sehingga 6.8
tan metrik (7.5
tan pendek).
Fosil T. rex telah dijumpai di formasi batu Amerika Utara bertarikh sejak tiga juta tahun dahulu pada akhir
peringkat fauna usia Maastricht pada
Zaman Batu Kapur (
Cretaceous),
iaitu sekitar 68.5 hingga 65.5 juta tahun dahulu; ia merupakan antara
dinosaur terakhir yang wujud sebelum kejadian kepupusan besar-besaran (
Cretaceous-Tertiary). Lebih 30 spesimen
T. rex
telah dikenal pasti, sesetengahnya adalah rangka yang hampir lengkap.
Sesetengah penyelidik mendakwa turut menjumpai tisu lembut. Banyaknya
jumlah bahan fosil membolehkan penyelidikan mendalam mengenai banyak
aspek mengenai biologinya, termasuk sejarah hayat dan biomekanikal.
Tabiat makan, fisiologi (
physiology) dan potensi kepantasan
T. rex adalah beberapa topik yang kekal dipertikaian.
Tyrannosaurus rex merupakan salah satu pemangsa daratan terbesar, berukuran sepanjang 12 hingga 13
meter (40 to 43.3 kaki, dan setinggi 4.5-5 m (14-16.6 kaki), apabila dewasa sepenuhnya.
[1] Anggaran jisimnya berbeza dari tahun ke tahun, dari lebih 7,200
kilograms (8 tan),
[2] sehingga kurang dari 4,500 kg (5 tan),
[3][4] dengan anggaran moden antara 5,400 dan 6,800 kg (antara 6 dan 7.5 tan).
[5][6][7][8]
Pelbagai spesimen
Tyrannosaurus rex dengan manusia sebagai perbandingan.
Tengkorak
T. rex terbesar yang diketahui berukuran sehingga
1.5 m (5 kaki) panjang. Dibanding dengan theropod lain, tengkorak ini
banyak berubah. Tengkoraknya mempunyai posterior yang sangat luas,
dengan muncung yang sempit, membolehkan
penglihatan binokular yang terhad. Sesetengah
tulangnya, seperti
tulang hidung, adalah bercantum, sehingga membantutkan pergerakan di antara mereka. Bukaan besar
fenestrae
pada tengkorak mengurangkan berat dan memberikan tempat bagi sambungan
otot. Tulang itu sendiri adalah tegap, juga dengan gigi bermata serat,
seperti mata gergaji, dengan keratan lintas berbentuk bujur. Sebagaimana
tyrannosaurid lain,
T. rex mempamerkan
heterodont ketara, dengan gigi
premaksila
di rahang atas depan disusun dengan rapat dan berbentuk D dalam keratan
lintang. Tanda gigitan besar berasaskan tulang dinosaur-dinosaur lain
menunjukkan bahawa gigi ini mampu menembusi tulang kukuh.
T. rex
mempunyai kuasa gigitan paling kuat berbanding sebarang dinosaur lain
dan kuasa gigitan paling kuat bagi sebarang haiwan. Gigi lusuh atau
patah sering dijumpai, tetapi tidak seperti haiwan mamalia, gigi
tyrannosaurid diganti secara berterusan sepanjang hayat mereka.
[1]
Tengkuk
T. rex membentuk lengkungan berbentuk S semulajadi
seperti theropod lain, tetapi tengkuknya pendek dan berotot untuk
mengampu kepalanya yang besar. Tangannya dengan dua jari yang amat kecil
berbanding saiz badan, tetapi tegap sasa. Sebaliknya, kaki belakang
antara terpanjang dibandingkan dengan saiz badan bagi sebarang theropod.
Ekornya berat dan panjang, kadang-kala mengandungi lebih empat puluh
tulang belakang, untuk mengimbangi kepada dan badan yang besar. Bagi
mengimbangi besar badannya, kebanyakan tulang dikeseluruhan rangka
adalah berongga. Ini membantu mengurangkan berat tulang ketika masih
mengekalkan sebahagian besar kekuatan tulang.
[1]
annosaurus adalah jenis genus dari superfamili
Tyrannosauroidea, famili
Tyrannosauridae, dan subfamili Tyrannosaurinae. Ahli lain bagi tyrannosaurine subfamili termasuk
Daspletosaurus Amerika Utara dan
Tarbosaurus Asia,
[9][10] yang kedua-duanya adakalanya disamakan dengan
Tyrannosaurus.
[11] Tyrannosaurid dahulunya dipercayai keturunan dari teropoda awal yang lebih besar seperti
megalosaur dan
karnosaur, sungguhpun kini ia dikelaskan dengan
kelurosaur yang umumnya lebih kecil.
[12]
Pada tahun 1955, ahli palentologis
Soviet Evgeny Maleev menamakan spesies baru,
Tyrannosaurus bataar, dari
Mongolia.
[13] Menjelang 1965, spesies ini telah dinamakan semula sebagai
Tarbosaurus bataar.
[14] Disebalik penamaan semula, banyak analisa
philogeni mendapati
Tarbosaurus bataar merupakan
taxon saudara bagi
Tyrannosaurus rex,
[10] dan seringkali ia dianggap sebagai spesies Asia bagi
Tyrannosaurus.
[12][15][16] Gambaran baru mengenai tengkorak
Tarbosaurus bataar telah menunjukkan bahawa ia lebih tirus berbanding
Tyrannosaurus rex dan semasa menggigit, pembahagian tekanan pada tengkorank adalah amat berbeza, lebih menyerupai
Alioramus, tyrannosaur Asia yang lain.
[17] Analisa
kladistik berkait mendapati bahawa
Alioramus, dan bukannya bukannya
Tyrannosaurus, merupakan saudara taxon bagi
Tarbosaurus, yang mana, jika benar, mencadangkan bahawa
Tarbosaurus dan
Tyrannosaurus patut kekal dipisahkan.
[9]
Fosil tyrannosaurid lain yang dijumpai dalam formasi sama seperti
T. rex pada asalnya dikelaskan sebagai taxa berbeza, termasuk
Aublysodon dan
Albertosaurus megagracilis,
[11] yang terkemudian dinamakan
Dinotyrannus megagracilis pada tahun 1995.
[18] Bagaimanapun, fosil ini secara keseluruhannya dianggap kepunyaan
T. rex remaja.
[19]
Tengkorak kecil tetapi hampir lengkap dari Montana, sepanjang 60 cm
(2 kaki), mungkin berbeza. Tengkorak ini pada asalnya dikelaskan sebagai
spesies
Gorgosaurus (
G. lancensis) oleh
Charles W. Gilmore pada tahun 1946,
[20] tetapi kemudiannya dirujuk sebagai genus baru,
Nanotyrannus.
[21] Pendapat pakar sains masih berbeza mengenai pengesahan
N. lancensis. Kebanyakan ahli paleontologi menganggap tengkorak ini adalah milik
T. rex yang muda.
[22] Terdapat perbezaan kecil antara kedua-dua spesies ini, termasuk jumlah gigi yang lebih banyak bagi
N. lancensis,
yang mendorong pakar sains mencadangkan mengekalkan kedua-dua genera
itu sebagai berasingan sehingga penyelidikan atau jumpaan lanjut
menjelaskan situasi ini.
[10][23]
Spesimen pertama yang dikaitkan kepada
Tyrannosaurus rex terdiri daripada dua serpihan tulang belakang (satu darinya hilang) dijumpai oleh
Edward Drinker Cope pada 1892 dan digambarkan sebagai
Manospondylus gigas. Osborn menyedari persamaan antara
M. gigas dan
T. rex seawal 1917 tetapi, disebabkan sifat serpihan tulang belakang
Manospondylus, dia tidak dapat mengesahkannya dengan mutlak.
[24]
Pertikaian meletus pada Jun 2000 selepas Institute Black Hill menjumpai jenis
M. gigas
tempatan di Selatan Dakota dan membongkar lebih banyak tulang
Tyrannosaurus di sana. Ia dianggap sebagai mewakili tinggalan lanjut
individu yang sama, dan dikenal pasti sebagai kepunyaan
T. rex. Menurut peraturan (
International Code of Zoological Nomenclature (ICZN)), sistem yang mengurus penamaan saintifik haiwan,
Manospondylus gigas sepatutnya diutamakan dari
Tyrannosaurus rex, kerana ia telah diberi nama terlebih dahulu.
[25] Bagaimanapun, Edisi ke Empat
ICZN, yang berkuat kuasa pada
1 Januari 2000,
menyatakan bahawa "penggunaan meluas perlu dikekalkan" apabila "sinonim
atau homonim yang terdahulu tidak digunakan sebagai nama sah selepas
1899" dan "sinonim atau homonim junior telah digunakan bagi takson yang
khusus, sebagai nama yang dianggap sah, dalam sekurang-kurangnya 25
hasil kerja, diterbitkan oleh sekurang-kurangnya 10 pengarang dalam
tempoh 50 tahun terdahulu..."
[26] Tyrannosaurus rex dengan mudah layak sebagai nama sah di bawah syarat itu dan kemungkinannya dianggap sebagai
nomen protectum ("nama dilindungi") di bawah ICZN sekiranya ia akan dipertikai, yang tidak lagi berlaku.
Manospondylus gigas kemudiannya dianggap sebagai
nomen oblitum ("nama dilupakan").
Sejarah hidup
Jadual menunjukkan unjuran tumbesaran hipothesis (jisim badan vs. usia) bagi empat tyrannosaurid.
Tyrannosaurus rex dilukis warna hitam. Berasaskan Erickson et al. 2004.
Pengenalpasti beberapa spesies sebagai
Tyrannosaurus rex
remaja telah membenarkan pakar sains untuk merekod pertukaran ontogeni
dalam spesies, anggaran jangka hayat, dan menentukan berapa cepat haiwan
ini membesar. Individual terkecil (
Los Angeles County Museum of Natural History - LACM)
28471, "theropod Jordan") dijangka hanya seberat 29.9 kg (66 paun),
sementara yang terbesar, seperti ('Field Museum of Natural History -
FMNH
) PR2081 ("Sue") kemungkinannya seberat lebih 5,400 kg (6 tan pendek). Analisa histologi bagi tulang T. rex
menunjukkan
LACM 28471 hanya berusia 2 tahun ketika ia mati, sementara "Sue"
berusia 28 tahun, pada usia yang hampir maksima bagi spesies ini
Pengawalansuhu (Thermoregulation)
Tyrannosaurus, sebagaimana kebanyakan dinosaur, telah lama dipercayai sebagai mempunyai metabolisma reptilia
ektoterma (ectotherm) ("berdarah sejuk"). Pendapat bahawa dinosaur merupakan ektoterma dicabar oleh ahli sains seperti
Robert Bakker dan
John Ostrom pada asal tahun "Kebangkitan Dinosaur", bermula akhir
1960-an.
[28][29] Tyrannosaurus rex sendiri didakwa sebagai
endothermik ("warm-blooded"), mencadangkan gaya hidup aktif.
[4] Semenjak itu, beberapa pakar paleontologi telah cuba memastikan keupayaan
Tyrannosaurus untuk mengawal suhu badannya. Bukti histologi kadar pertumbuhan pantas bagi
T. rex muda, boleh dibandingkan dengan
mamalia dan
burung, mungkin menyokong hipothesis kadar metabolisma tinggi. Garis pertumbuhan menunjukkan, sebagaimana
mamalia dan
burung, tumbesaran
T. rex kebanyakkannya terhad bagi haiwan tidak matang, dan bukannya pertumbuhan tidak dapat ditentukan sebagaimana vertebra lain.
[30]
Nisbah isotop
oksigen
dalam tulang fosil kadangkala digunakan bagi memastikan suhu di mana
tulang tersimpan, kerana nisbah antara isotop tertentu berkait dengan
suhu. Dalam satu spesiment, nisbah isotop dalam tulang dari bahagian
badan berbeza menunjukkan perbezaan suhu tidak lebih dari 4 hingga 5
°C (7 to 9
°F) antara vertebra badan berbanding tulang
tibia kaki bawah. Perbezaan kecil suhu antara teras badan dan hujung tubuh didakwa oleh pakar paleontologi
Reese Barrick dan geokimia
William Showers sebagai menunjukkan
T. rex mengekalkan suhu badan yang tetap (
homeotherm) dan ia memiliki metabolisma antara ectothermic reptiles and endothermic mammals.
[31]
Sebahagian pakar sains lain menunjukkan bahawa nisbah isotop oksigen
dalam fosil hari ini tidak semestinya mewakili rnisbah yang sama di masa
lalu, dan mungkin telah berubah semasa atau selepas proses penfosilan(
diagenesis).
[32]
Barrick dan Showers telah mempertahankan hasilan mereka dalam kertas
kerja berikutnya, mendapati keputusan yang sama bagi dinosaur theropod
lain dari benua lain dan puluhan juta tahun lebih awal (
Giganotosaurus).
[33] Dinosaur
Ornithischia turut menunjukkan bukti homeothermi, dan tidak bagi
mengkarung varanid dari pembentukan yang sama.
[34] Sungguhpun jika
Tyrannosaurus rex
menunjukkan bukti homothermi, ia tidak semestinya bererti ia adalah
endothermik. Pengawalan suhu sedemikian boleh juga dijelaskan melalui
gigantothermi, sebagaimana yang terdapat dalam
penyu yang ada kini.
[35][36]
Henry Fairfield Osborn, presiden Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika, memberi nama
Tyrannosaurus rex pada 1905. Nama generik diambil dari
bahasa Greek τυραννος (
tyrannos, bererti "kejam / penindas (tyrant)") dan
σαυρος (
sauros, bererti "mengkarung"). Osborn menggunakan
bahasa Latin rex,
bererti "king", bagi nama khas. Nama binomial dengan itu diterjemah
sebagai "raja mengkarung kejam," menegaskan saiz haiwan dan apa yang
dianggap penguasaan ke atas spesies lain pada masa itu.
Vertebrae dinamakan
Manospondylus oleh Cope pada tahun 1892 boleh dianggap spesimen pertama diketahui mengenai
Tyrannosaurus rex.
Barnum Brown, pembantu kurator bagi Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika, menjumpai tulang
Tyrannosaurus kedua di
Wyoming pada tahun 1900. Specimen ini pada mulanya dinamakan
Dynamosaurus imperiosus dalam kertas kerja yang sama dimana
Tyrannosaurus rex digambarkan.
[38] Hanya jikalau tidak kerana nombor mukasurat,
Dynamosaurus mungkin menjadi nama rasmi. Bahan asal "
Dynamosaurus" disimpan dalam koleksi Muzimu Sejarah Semulajadi,
London.
[39]
Model skala
Tyrannosaurus rex yang tidak pernah dilengkapkan yang dirancang dipamerkan bagi Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika oleh
H.F. Osborn.
Secara keseluruhan, Barnum Brown menjumpai bahagian dari lima kerangka
Tyrannosaurus. Brown mengumpul
Tyrannosaurus keduanya pada 1902 dan 1905 di
Hell Creek Formation,
Montana. Ini adalah
holotype yang digunakan bagi mengambarkan
Tyrannosaurus rex Osborn,
1905. Pada 1941 ia dijual kepada Muzium Sejarah Semulajadi Carnegie di
Pittsburgh, [Pennsylvania. Jumpaan Brown yang keempat dan terbesar, juga
dari Hell Creek, dipamerkan di Muzium Sejarah Semulajadi Amerika di
New York.
[40]
Sungguhpun terdapat banyak kerangka d dunia, hanya satu jejak telah dirakamkan -- di Ladang Philmont Scout di timur laut
New Mexico. Ia dijumpai pada tahun 1983 dan dikenal pasti dan direkodkan pada 1994.
[41]
Specimen terkenal
Tyrannosaurus Sue, Muzium Lapangan Sejarah Semulajadi, Chicago, menunjukkan bahagian kaki. Tulang 'wishbone' terletak antara kaki belakang.
Sue Hendrickson,
amateur paleontologist, menjumpai fosil
Tyrannosaurus hampir lengkap (lebih 90%) dan, sehingga 2001 merupakan yang terbesar, di (
Hell Creek Formation) berhampiran Faith, South Dakota, pada 12 Ogos
1990.
Tyrannosaurus
ini, kini dinamakan "Sue" sempena menghormatinya, merupakan objek
pertikaian undang-undang mengenai hakmiliknya. Pada tahun 1997 ia
diselesaikan kepada Maurice Williams, pemilik asal tanah, dan kumpulan
fosil dijual dalam lelongan bagi
USD
7.6 juta, menjadikannya rangka dinosaur paling mahal ketika itu. Ia
kini telah dipasang dan dipamirkan di Muzium Lapangan Sejarah Semula
Jadi. Berasaskan kajian tulang fosilnya, Sue mati ketika berusia 28
tahun, mencapai saiz penuh ketika berusia 19 tahun. Penyelidik
melaporkan bahawa rangka awal dewasa dan remaja jijumpai dalam kuari
sama seperti Sue; ini mengukuhkan kemungkinan bahawa tyrannosaurs hidup
berkeluarga atau berkumpulan.
[42]
Tyrannosaurus lain, yang digelar "Stan", sempena ahli paleontologis amateur, Stan Sacrison, dijumpai di
Hell Creek Formation
berhampiran Buffalo, South Dakota, pada musim bunga 1987. Selepas
30,000 jam menggali dan menyediakan, a 65% tulang lengkap didedahkan.
Stan kini dipamerkan di
Black Hills Museum of Natural History Exhibit
di Hill City, South Dakota, selepas lawatan sedunia meluas. Tyrannosaur
ini juga didapati mempunyai banyak tulang pathologis, termasuk tulang
rusuk yang patah dan kembali pulih, leher yang patah dan pulih, dan
lubang menakjubkan dibelakang kepalanya, bersaiz gigi
Tyrannosaurus. Kedua-dua Stan dan Sue diperiksa oleh Peter Larson.
Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Tyrannosaurus_rex